Info Jumaat 28 | Perang Khandak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bertemu lagi kita di dalam info jumaat buat kali ke 28 minggu..Tajuk yang saya akan kongsikan pada hari ini adalah mengenai sirah. Sirah ataupun sejarah dalam bahasa melayunya..Korang rasa, perlu tak kita belajar sejarah? Memang diakui, kalau masa sekolah dulu, bila subjek sejarah ni, mesti boring dan ngntok kan time belajar?

Tapi tak semua org yang boring belajar sejarah..Kalau yang minat untuk belajar sejarah tu, utk ddapat 100 markh senang2 je..Tapi apa yang saya nak tekan kan di sini, sejarah amat penting bagi kita kalau kita mengetahui..Tanpa sejarah, bagaimana kita dapat tahu tentang zaman2 silam..

Org selalu cakap, belajar dari kesilapan..Tapi kesilapan adalah benda yang lepas..benda yang lepas adalah dipanggil sejarah..Betuk tak? kalau kita tak ade sejarah, mana mungkin kita boleh mengecapi kemajuan sekarang.. Kalau tak ade sumber2 tulisan daripada tokoh ilmuan islam seperti Al -farabi, bagaimana kita akan menggunakan idenya untuk implement untuk lebih maju..betul?

Senang cerita, ibarat kalau pelajartahun akhir nak buat thesis, tapi xde sumber thesis yang dulu2.. Susah jugak kan?

Berbalik ekapda tajuk asal..Perang Khandak.. Khandak bermaksud parit atau kubu. Perang Khandak adalah antara peperangan yang mashur dalam sejarah Islam, berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w Peperangan ini dinamakan juga Perang Ahzab kerana pihak musuh Islam yang menyerang Madinah itu terdiri daripada orang Quraisy Makkah , suku-suku arab dan orang Yahudi Madinah.

Berlakunya peperangan ini kerana lahirnya rasa sombong dan angkuh dalam kalangan org Quraisy Mekkah. Mereka mengaggap kekuatan Islam sudah lemah dengan kekalahan mereka dalam perang Uhud. Suku-suku arab yang lain juga merasai oramg Islam juga tidak ada kekuatan lagi sebab kekalahan itu. Lebih-lebih lagi orang yahudi yang tinggal di Madinah pun telah berani menentang Nabi dan mengingkari janji keamanan yang dibuat dengan orang Islam.

Oleh yang demikian, pada tahun 5 Hijrah pakatan Quraisy Makkah itu telah mngumpulkan seramai 10,000 orang daripada kabilah-kanilah Arab dan yahudi , di bawah pimpinan Abu Sufyan bin Harb. Mereka merancang untuk mengepung kota Madinah dan menyerang serentak dari luar dan dalam kota itu.

Dengan kemaraan tentera musuh yang begitu ramai dan lengkap, orang Islam bermesyuarat dan mengambil keputusan akan  bertahan di dalam kota. Dalam mesyuarat itu, Salman Al-Farisi , seorang pemuda yang berasal dari Parsi mencadangkan mereka membina parit diluar kota., bagi menghalang kemaraan musuh. Cadangan itu diterima dan bermulalah seluruh umat Islam bertungkus lumus siang dan malam menggali parit yang lebarnya tidak boleh dilepasi oleh lompatan kudan dan sangat dalam.

Tentera musuh yang tiba di Madinah terkejut dengan apa yang mereka lihat diluar kota Madinah. Serangan tidak dapat dilancarkan seperti yang dirancang, kerana halangan parit sedemikian tidak langsung mereka jangkakan. Mereka berkhemah di tepi parit selama 15 hari . Akhirnya turun ribut pasir di sebelah malam , dan mereak pulang dengan kekecewaan. Peristiwa ini disebut di dalam al-quran firman Allah s.w.t.:

" Dan Allah menghalau mereka kembali ( angkatan tentera) orang yang kafir itu ( ke tempat masing-masing)dengan keadaan mereka geram marah ( kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan dan Allah selamatkan orang yang beriman daripada bencana menghadapi peerangan itu dan ingatlah adalah Allah maha kuat , lagi Maha Kuasa." 

( Surah al-Ahzab 33:25)

Semoga memberi input buat anda semua.. :)

4 comments:

fatin fashilin said...

thanks for the info..:D

suffer8zine said...

nice info bro

Terkini : Pakwe Durjana Bakar Makwe

::FAIZ:: said...

Allah Maha Besar

mye said...

thanks 4 the info..
wlaupun xsmpt nk bkak bku sjarah alhmadllah blh bce kat blog nabil potter jew..
huhu