Konsert Mohsen Namjoo dibatalkan

Assalamualaikum w.b.t.

Kenal tak Mohsen Namjoo? Kalau tak knal lagi boleh search dekat google..InsyAllah akan ada entry susulan mengenai siapa Mohsen Namjooo.

Tindakan kerajaan membatalkan konsert dia ni saya rasa satu tindakkan yang wajar.. Kenapa wajar? itu anda kena study dulu background sebenar Mohsen namjoo yang berasal daripada Iran.

Berikut adalah apa yang dipetik daripada utusan online:

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak membenarkan konsert penyanyi kontroversi dari Iran, Mohsen Namjoo yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini berikutan permohonan penganjur konsert tersebut ditolak oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang bermesyuarat hari ini.

Beliau berkata, penolakan itu dibuat kerana konsert tersebut tidak sesuai diadakan dari segi agama dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

''Permohonan konsert itu yang dibuat Jumaat lalu ditolak berikutan ia tidak sesuai dengan khalayak di Malaysia kerana terdapat pertembungan nilai dan persepsi yang dibawa penyanyi itu.

"Malah, rekod peribadi penyanyi antarabangsa itu juga jelas menunjukkan dia merendahkan martabat Islam dan ayat suci al-Quran mengukuhkan lagi untuk tidak membenarkan konsert itu diteruskan," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi meminta siasatan dilakukan terhadap pengeluaran permit konsert Mohsen Namjoo.

Menurut Zulkifli, beliau menerima banyak bantahan daripada orang ramai berhubung penganjuran konsert artis yang digelar Bob Dylan Iran itu kerana kebanyakan lirik dalam lagunya didapati menghina Islam.

Dalam perkembangan sama, pihak penganjur konsert Mohsen Namjoo baru sahaja mengemukakan permohonan permit mereka kepada Puspal pada Jumaat lalu.

Sementara itu, jurucakap penganjur yang enggan dikenali ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya mendapat panggilan telefon daripada Puspal yang menyatakan permohonan permit konsert tersebut telah ditolak.

"Konsert Namjoo in 'A Minor' Live in Malaysia: Live in Kuala Lampur akan tetap diteruskan Jumaat ini di sebuah lokasi yang dirahsiakan di ibu negara.

"Konsert tersebut bagaimanapun dihadkan kepada komuniti Iran yang berada di Malaysia untuk bertemu dengan penyanyi itu," katanya.

6 comments:

suffer8zine said...

boleh pula tempat rahsia

salam maulidurrasul,

Terkini : Utusan Rasmi Dari Devilzc0de

SyahmiFikri said...

yer.. mesti ada pro and cons..

salam maulidur rasul!!

akmal said...

batal apa kejadahnya kalau dibenarkan jugak buat kat satu tempat rahsia???

baru buat permohonan jumaat lalu?? ya ka.. tak logik langsung.. lagi 2 minggu nak buat konsert, baru nak apply permit?? takkan amature sangat org yang arrange concert ni?

harap sprm dapat siasat..

Wanie Azeera said...

salam maulidur rasul, nabil :D lama x dengar khabar

Rina Rossoneri said...

huh dah sah2 lah org iran je yg datang konsert nih,ala penganjur ni nak kaut untung je,entah bape dia dapat kannnn...

Mr feckry said...

jom hidupkan sunnah rasulullah s.a.w