[Terkini] Krisis Di Mesir | Terima Kasih Rakyat Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

Pertamanya Happy Chinese New Year buat semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Alhamdulillah, isu Mesir sekarang ni dikatakan pada peringkat jingga. Semenjak 2,3 hari pemberontakkan, nampaknya ramai ibu bapa pelajar di sana agak cemas dengan menghantar email atau menghubungi pejabat kedutaan Malaysia di Mesir.

Walaupun kadang-kadang tu kita memikirkan tindakan ibu bapa itu seoalah2 'tidak sabar' , tapi saya berpendapat tindakan itu adalah wajar. Kalau saya ada anak ,atau adik beradik yang berada di sana, saya rasa saya juga akan melakukan tindakan yang sama seperti ibu bapa pelajar di sana.

Alhamdulillah, setelah didesak oleh media cetak, bloggers, ibu bapa dan media yang lain, kerajaan kita semalam telah menghantar skuad pertolongan bantuan untuk keluarkan kesemua 14000 pelajar kita di sana. Di khabarkan, sudah 7000 pelajar telah dibawa keluar dengan pelbagai cara termasuklah menaiki pesawat Air Asia, Malaysia Airlines dan juga pesawat TUDM.. Tidak dilupakan juga kepada skuad maritim kita yang juga mebantu mengeluarkan pelajar Malaysia ke tempat yang lebih selamat sebelum dihantar pulang ke Malaysia.

Tidakkan kerajaan yang proaktif ni wajar mendapat pujian. Tahniah buat kerajaan Malaysia yang membantu pelajar Malaysia di Mesir.

Saya mengambil berat tentang hal ini disebabkan saya juga mempunyai kawan di sana, dan ramai student kita di sana. Kalau kita tak ambil berat tentang sahabat-sahabat kita disana, siapa lagi yang nak tolong kan? Saya rasa, ibu bapa dan juga pelajar kita di sana haruslah berterima kasih dengan Kerajaan Malaysia dengan bantuan yang diberikan walaupun pada masa kini negeri-negeri di Selatan berada dalam keadaan banjir.

Terima Kasih sekalai lagi baut semua yang telah memberi sumbangan semoga dikira sebagai amalan kita dan diterima disisiNya.

Buat teman-teman disana, kalau dah balik boleh la update cerita-cerita disana yew. KOngsikongsi la bersama kami di Malaysia ni.

Wasalam.

5 comments:

::FAIZ:: said...

smoga mereka semua selamat

Ayuni said...

betul, klau parents x gesa, mmg x bertindaklh malaysia....

Anonymous said...

aman

jgn ckp camtu, mungkin kerajaan dah ada perancangan tp perlu diatur agar semua berjalan lancar.. sy bukan pro kerajaan.. apa pon syukur semua selamat.. cuma tadi tgk berita, kapal terbang tudm kita masih menunggu isyarat dari kerajaan mesir utk berlepas dari abu dhabi..

Chaoi said...

amin...semoga dipermudahkan hendaknya

Julia Johari said...

Di harap semua student2 mesir sentiasa di lindungi Allah dan dipermudahkan dalam segala cabaran yang mendatang...Alhamdulilah, kerajaan malaysia mengambil tindakan yang proaktif utk melancarkan konsep hanruh...good job!