Info Jumaat 32 | Aduhai Wanita..

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bertemu lagi kita semua buat kali yang ke 32 dalam segemen info jumaat..Semalam kita semua telah didedahkan dengan perkara2 syubhat dan bagaimana kesan2 kalau kita terlibat dangan perkara2 syubhat..

Minggu ini saya tidak menulis tetapi ingin berkongsi satu artikel daripada Kelab Iqra' UTM yang mana salah satu kelab yang agak terkenal di UTM ni dengan menjalankan pelbagai program kearah pembentukan ruhi mahasiswa kepada islam..InsyAllah, kalau kita bersama2 menjalankan kerja Allah, kita akan dapat juga sebhagian amal2 kebaikan. InsyAllah, kita boleh sama2 beri sokongan kepada Kelab Iqra' UTM supaya lebih dikenali diseluruh kampus khasnya dan juga diseluruh Negara Amnya..Jom LIKE fan page kelab Iqra'...Hehehe..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Aku menjenguk dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang miskin dan aku menjenguk dalam neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.
( Sahih: Hadis daripada Imran bin Husain radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5198


Jika diteliti beberapa perkara yang berkaitan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah di antara masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita di azab oleh Allah di dalam neraka, tetapi yang peliknya masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh kaum wanita!


persoalannya..

Adakah islam menggariskan panduan berpakaian kepada kaum wanitanya kerana ingin menyusahkan mereka?

Renungilah firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 ini..

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Hakikatnya, hikmah menutup aurat itu kerana mahu melindungi diri kalian wahai muslimah. Itulah cara islam meninggikan darjat kaum wanita agar tidak sama seperti kaum wanita agama lain. Adakah kalian berasa bangga diganggu lelaki-lelaki yang tidak dikenali dijalanan? Adakah kalian merasa gembira menjadi tumpuan mata para lelaki yang rosak hatinya di luar sana?

Sayangilah dirimu wahai muslimah..

Jangan rendahkan dirimu ke tahap yang terendah semata-mata kerana ingin memenuhi kehendak nafsu duniawi..ayuh kita cermin pakaian diri!

Teruskan membaca...

2 comments:

Scha Nazri said...

peringatan buat diri sndri. ^^

wanie m'nJ said...

perempuan pny 9 nafsu berbanding lelaki yg bernafsu satu , iaitu wanita. :)