Info Jumaat 41 | Penyakit Hasad

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.Alhamdulillah dapat kita berjumpa lagi untuk info jumaat yang ke 41. Diam tak diam dah 41 kali dah info jumaat ni kelaman blog ini. Tanpa dipanjangkan cerita, kita teruskan perbincangan kita dengan tajuk hari ini iaitu penyakit hasad ataupun hasad dengkin atau juga PHD( perasaan hasad dengkin).

Apa itu penyakit hasad? Secara simplenya, penyakit hasad ini adalah penyakit hati yang merbahaya. Hasad dengki juga ialah satu oenyakit hati yang merbahaya lebih bahaya daripada sakit jantung ataupun sakit kronik yang lain.Ini adalah kerana, bila penyakit ini telah menimpa kita, maka timbulla penyakit rohani dan fizikal yang lain seperti marah, kedekut, tamak, dendam, fitnah dan pelbagai lagi penyakit.

Penyakit ini bukan sahaja berlaku di zaman sekarang.Tapi juga berlaku pada zaman terdahulu.Semua tahu tentang kisah Iblis yang rasa dirinya patut lebih dihormati berbanding Adam kerana ia diciptakan daripada api tetapi Adam diciptakan daripada tanah.Iblis megatakan, kenapa aku patut sujud kepada Adam sedangkan ak patut lebih dihormati? Begitulah pendirian Iblis ketika itu..Selepas daripada itu, timbullah perasaan hasad Iblis untuk menghilangkan nikmat yang ada pada Nabi Adam dan cucunya sehingga sekarang.

Kita juga diceritakan dengan peristiwa Qabil membunuh Habil juga kerana penyakit yang sama.Habil menerima nikmat yang tidak diterima oleh Qabil. Habil telah ditentukan untuk berkahwin adik perempuan yang lebih cantik dan korabnnya diterima Allah.Maka timbul perasaan hasad bagi Qabil yang mana akhirnya dia membunuh Habil.

Begitulah antar kisah2 yang berlaku dahulu..Kalau zaman sekrang ni lagi la banyak perasaan macam ni..Antara emak dan anak pon boleh berlaku bunuh disebabkan harta..Disebabkan hasad juga sanggup membuat jampi untuk pesaingnya yang lebih maju. Kalau ditempat kerja tu, kalau tengok orang lain naik pangkat, mula ada perasaan hasad dalam diri kita..Dikalangan bloggers pon ada juga yang dengki mendengi? Betul ke?Hmmm..memang bahaya penaykit ni..

*Antara kesan-kesan Hasad adalah:

1- Dimurkai Allah di Dunia dan Akhirat
2- Tidak sempurna Iman
3- Menyerupai sifat orang Yahudi
4- Mendapat musibah tanpa mendapat pahala.
5- Memecahbelahkan masyarakat.


*Perbezaan antara Hasad, ghibtah dan munafasah.

Ketiga-tiga kalimah ini kelihatan serupa tetapi mempunyai makna yang tersendiri.

  • Hasad Dengki

Maksud: Berharap dan berusaha agar sesuatu nikmat yang dianugerahkan Allah kepada seseorang terhapus, luput dan lupus.

Hukum: Haram mengikut sepakat Ulama. Firman Allah yang bermaksud " Dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki." (surah Al-Falaq113:5)

Dalam ayat ini, Allah meminta kita berlindung daripada bahana dan bahaya hasad.

  • Ghibtah

Maksud: Ghibtah( iri hati). Berharap nikmat yang miliki orang lain turut dimilikinya tanpa berharap atau bercita-cita nikmat tersebut luput daripada orang lain.

Hukum: Jika berkaitan dengan urusan dunia- Harus
Jika berkaitan dengan ibadah dan kertaatan- mustahab(sunat)


  • Munafasah

Maksud: Iaitu bersaing untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai orang lain.

Hukum: Harus tapi tidak perlu keterlaluan sehingga melangkaui batas kemampuan seorang manusia. Munafasah ini juga perlu terhad kepada ruang lingkup perkara-perkara yang dibenarkan agama dengan cara yang juga " patuh syariah". Sebaik-baiknya adalah bersaing la dengan diri sendiri bedasarkan konsep 
" semoga hari ini lebih baik dari semalam".

Nak diringkaskan cerita, perlu kita hindarkan perasaan hasda ini terutama kepada manusia seagama kita,sebangsa dan sesiapa sahaja. Syukur dengan apa yang kita ada.. Allah itu maha adil..Oleh sifat keadilanNya itu IA tahu apa yang perlu dan layak untuk kita..Ok.Semoga ktia senantiasa berhusnuzon( bersangka baik) terhadapa sesama manusia..

p/s: diolah dan diadaptasi daripada Solusi.

6 comments:

Nikmat & Kehidupan said...

kadang kala dengki tu perlu ade sedikit sebagai perangsang ke arah kejayaan.. tapi bila syaitan dah kawal akal... hasad dengki tu tak patut..

Insan 'H'... Inspirasi

mye said...

setuju dgn komen di atas..
hehe

::FAIZ:: said...

dengki positive takpe. jgn dengki negative

Unknown said...

wow,interesting (:

Manis said...

good :)

Primadona said...

nice info Nabil :)