Info Ramadhan 2 | Sunah Berbuka degan Kurma

Assalamualaikum w.b.t.

Di samping kita berpuasa, elok juga kita mengikuti cara-cara bagaimana sunah Rasulullah s.a.w. Pada bulan Ramadhan,  Rasulullah s.a.w. menyarankan kita berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu. Sabda Baginda yang bermaksud: " Apabila seorang daripada kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma,maka minumlah air kerana ia adalah suci." ( Riwayat al-Tarmizi no.594)

Ia sangat bertepatan kerana terbukti melalui kajian santifik yang mengatakan bahawa kurma membekalkan sumber tenaga segera kepada manusia bahkan mengawal pemakanan agar tidak berlebihan.

Tapi ingat, berbuka dengan kurma adalah semata-mata mencontohi Rasululuaah s.a.w bukan disebabkan nak diet atau sebagainya.ok.

wasalam