Assalamualaikum w.b.t. dan selamat berpuasa semua..Alhamdulillah kita masih lagi diberi nyawa untuk terus hidup di muka bumi Allah ni dan juga masih lagi diberi kesempatan untuk mengakhiri penghujung bulan yang penuh dengan keberkatan.
Seperti yang dah sedia maklum, pada mulab Ramadhan ini terdapat satu malam di mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.
Allah berfirman yang bermaksud:" Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran ini pada malam Lailatuqadar. Dan apa jalanya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatuqadar ini? Malam Lailatulqadar ini lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam ( yang berkat) itu hingga terbit fajar!" ( Surah Al-Qadr:1-5)
So, tunggu apa lagi..Malam 10 terakhir ni la sepatutnya kita kena tambahkan lagi kerajinan kita untuk pergi ke masjid, baca quran dan melakukan sebarang ibadah kerana Allah. Tapi kebanyakkan manusia pada 10 hari terakhir ni sebok untuk mencari perkakas mahupun pakaian untuk dipakai ketika hari raya ini..Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai dengan mainan duniawi..
Wasalam
2 comments:
sama2 tingkatkan amalan dalam 10 terakhir ramadhan..
http://faeizma.blogspot.com/2011/08/beramal-dalam-10-ramadhan-terakhir.html
Takbir...!!!
Allah huakbar!
Post a Comment