Semenjak musim Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksankan di negara ini,ramai pemain industri terutama sektor hiasan rumah/perabut tampil untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian (online). Selain itu, terdapat pelbagai tawaran menarik yang ditawarkan menyebabkan ramai tertarik untuk membeli produk mereka.
Tidak ketinggalan juga SSF yang membuat penawaran 40-50% diskaun bermula April 2020
sehingga sekarang.Memang tawaran yang dibuat oleh SSF ini sangat berpatutuan.
Yang menjadi kegusaran pelanggannya, setelah bayaran dibuat, tiada sebarang maklum balas daripada SSF sendiri.
Kebiasaannya, apabila kita telah membuat bayaran, dalam masa 2-5 hari, kita akan dapat maklumat seperti tracking number dsb.
Hal ini tidak berlaku. Pelanggannya hanya mendapat nombor order dan statusnya adalah processing.
Sebagai contoh, Namun, setelah 20 hari, status yang dipamerkan juga adalah masih yang sama iaitu processing.
Pelbagai medium disediakan oleh SSF seperti email, FB, whatsapp dan lain-lain untuk berhubung dengan pelanggannya namun apabila dihubungi diam seribu bahasa. Yang meenaikkan kemarahan pelanggannya, FB/IG rasmi SSF sentiasa update setiap hari untuk membuat promosi menarik.
Tetapi aduan dan pertanyaan pelanggan langsung tidak diendahkan.
Setelah teruk dikecam pelanngganya sendiri di media sosial rasmi SSF(FB) sebagai contoh, baru-baru ini, akhirnya SSF tampil menjawab dan menawarkan 2 pilihan kepada pleangganya.
1- Tunggu barang sehingga sampai dan diberikan boucher mengikut nilai barang yang dibeli.
2- Full Refund
Nampaknya, impian nak menghias rumah untuk Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini tidak kesampaian..Promosi raya Aidilfitri, tetapi malangnya barang tidak dapat sebelum raya aidilfitri.
Silap-silap raya Aidiladha baru dapat..haha
So, pelanggan-pelanggan SSF,apa pilihan anda? Full refund atau tungguuu??
Isi maklumat anda di sini: https://bit.ly/SSFRibuanMaaf
p/s: luahan salah seorang pelanggan SSF
1 comment:
Alhamdulillah saya punya dah dapat lepas 22 hari..tapi barang pulak pecah 😅
Post a Comment