Friday, July 23, 2010

Info Jumaat 7: Siapa Aqsa Syarif?

logo aqsa syariff
Salam kepada semua sahabat bloggers..

Seperti biasa, setiap jumaat saya akan mengambil iniasiatif untuk menerbitkan satu entry islamic yang dapat membantu anda serba sedikit mengetahui apa saja maklumat yang boleh saya kongsikan..

Pada kali ini, saya ingin ajak rakan2 bloggers mengenali siapa itu aqsa syarif? pernah dengar tak? kalau dekat UTM, rasanya ramai yang dah tahu..Kepada yang belum tahu, ini nak bagi tau..heheh

**************
AQSA SYARIF
Ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama.
Dianggotai oleh sembilan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan menjadi Badan Bukan Kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya. Aqsa Syarif mengharap dorongan dan sokongan dari para sukarelawan dan seluruh rakyat Malaysia.
VISI
Menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin
MISI
Mengembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah
MOTTO
Memperkasa Ummah – Membebaskan Al-Aqsa

*************

Untuk pengetahuan, masa kapal rachel coorie diserang, pengerusi Aqsa syarif turut berada di dalam kapal tersebut.beliau kini bergiat untuk memberi ceramah mengenai palestin..so, Info lanjut boleh la layari laman sesawangnya..http://aqsasyarif.com/




Berikut adalah produk2 berkaitan dengan aqsasyariff..Saya dah ade badges..Anda pula bila lagi?heheh
sticker kereta
note book
button/badges

2 comments:

Nur Areefah said...

pnh rasa cokelat je..huhu

Minda Muslim said...

Salam...
Sebenarnya barang2 aqsa syarif nie bukan sekadar dijual biasa...
Namun ada sumbangan untuk saudara kita di Palestin sana...

Barang yang dijual bukan ini sahaja ada banyak lagi...
Baju, cawan, bekas air, pelekat kereta dan banyak lagi...
(Pernah tolong jual)

Ayuh sama2 menderma...

Firman Allah: Dan berinfaklah dari apa yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang kematian kamu lantas kamu berkata, "Tuhanku kenapa engkau tidak tangguhkan ajalku, agar aku boleh menginfakkan hartaku ini dan aku akan menjadi orang yang soleh" (Almunafiqun: second last)

Sabda nabi:
"Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan permasalahan umat islam yang lainnya, Dia bukan DARI KALANGAN AKU!!"

Renung-Renungkanlah....

Sabda nabi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...