Pengalaman Di Gunung Merapi,Jogyakarta Indonesia

Pada zon 20km.
Assalamualaikum w.b.t

Saya yakin dan pasti, kalau disebutnya tentang Gunung Merapi, ramai yang tahu tentang kejadian yang menimpa Negeri Jogyakarta pada baru2 ini bukan?

Taklimat ringkas dari sukarelawan merapi
Bersiap sedia ke Merapi..Diharuskan memakai Mask
Alhamdulilllah, semasa seminggu di Indonesia, saya berkesempatan untuk melawat Gunung Merapi serta perkampungan yang terjejas disebabkan Gunung Merapi ini..

Laluan lahar melalui sungai..
Cerita ini adalah dari apa yang saya peroleh daripada orang-orang di sana yang terlibat secara langsung mahupun tidak dengan keganasan Merapi ini..
Menuggun utuk check in..Upah dikenakan..
Jambatan patah akibat lahar dan kami mesti lalui utk keseberang..

Untuk makluman, Merapi meletus secara 2 kali iaitu pada sekitar 26 Oktober 2010 dengan letupan yang kecil manakala pada 4 November, sekali lagi Merapi meletus dengan dahsyatnya menyebabkan seluruh kawasam Yokyakarta ditutupi debu bak salji di negara eropah.
Keadaan masih panas di sini..
Pokok kelapa yang musnah terbakar akibat debu merapi..

Di gambarkan juga, debu dari Gunung Merapi ini adalah terbang sejauh lebih 50KM. Kawsan yang 10Km berhampiran Merapi adalah kawasan yang paling terjejas teruk dimana perkampungan di situ lesap ditelan debu merapi.
Gunung merapi dilitupi awan..10km dari merapi..
my friend from Malaysia..
Kini kawasanb tersebut hanya kelihatan seperti kawasan lapang dengan tanah2 hitam yang masih bersap panas.

asalanya kampung kini hanya sebuah padang yang luas..
Bau asap disekitar itu menyebabkan saya hampir untuk muntah kerana bau yang tidak dapat digambarkan. Ini adalah kerana bau sulfur+ bangkai haiwan+ kayu+ pelbagai lagi bau yang telah disatukan menebabkan bau yang amat teruk.
Walaupun sudah 1 bulan berlalu, tapi saya dapati asap panas masih lagi keluar dari sekitar tanah2 yang kami pijak.
keadaan rumah yang disisi kawasan yang tertimbus..

Tahukah anda, ada suatu sungai berhampiran kawasan tersebut pada dulunya adalah mencecah kedalaman 45 meter tetapi kini sungai itu hanya mempunyai kedalam 5 meter dan tidak mempunyai sebrang air. Hanya orang di sekitar tersebnut yang tahu itu adalah sungai.
kelihatan asap masih jelas walaupun setelah 1 bulan dan bau yang tidak boleh diceritakan..

Kawsan tersebut bukanlah diletan oleh Lava/lahar, tetapi hanya ditelan oleh debu panas yang mencecah 500 degree celcius..Boleh korang bayangkan tak debu panas 500 darjah selsius? Debu panas itu mengobarkan berpuluh nyawa termasuk binatang ternakan seperti sapi, lembu dan macam2 lagi.Semasa kami ke tempat kejadian, masih kelihatan bangkai2 sapi yang telah keras.
Sungai yang dahulunya 45m dalam kini hanya 5 meter..

Debu panas juga telah menyebabkan rumah di situ runtuh dan pohon2 semua habis terbakar. SubhanAllah, amat terkejut dan tergamam melihat kuasa Allah. Tetapi kenapa kita masih tidak mengerti?

Mas Hanif ( Deg In Sastera Japan) aka penunjuk arah..
Dari segi laharnya pula, kebanyakkanya mengalir melaui sungai menyebabkanair sungai menjadi panas dan menyebakan juga beberapa jambatan terputus disebabkan panas lahar. 

Kawsan tersebut dijaga oleh penduduk tempatan dan kami dikenakan sedikit upah untuk memasuki kawasan itu. Banyak gambar yang kami dapt dari penduduk sana
di saat ketika merapi meletus.
keadaan kelas dipenuhi tanah..

Sebelum meletusnya merapai pada jam 12 malam, kedengaran satu suara yang amat kuat dan menggerunkan seluruh bandar jogyakarta. Suara kuat tersebut boleh di dengar sehingga 50km dari gunung merapi.

' kami amat takut sekali apabila mendegar suara kuat yang dikeluarkan dari merapai dan kebanyakkan orang di sini tidak bisa tidor pada malam tersebut' kata seorang mahasiswa dari Universitas di jogyakarta.
kelas yang dipenuhi dengan tanah dan seolah-olah baru lepas kebakaran

Kami temui seorang pak cik yang masih datang untuk mnejengok rumahnya walaupun secara fizikalnya menamang teruk. Tapi dengan semangatnya yang tak hilang, pak cik tersebut datang semata2 untuk pasttikan rumahnya tidak ada apa2 berlaku. Sedih melihat keadaan penduduk disana. 
keadaan bilik darjah yang penuh dengan debu

Diceritakan kepada kami, ada satu batu yang sangat besar turun daripada Gunung Merapi dan digambarkan batu besar tersebut adalah boleh diukur lilitnya dengan pelukan 17 orang dewasa.
SubhanAllah..

Jambatan yang akan kami lalui..(sangat bahaya)
Penjaga Gunung Merapi juga terkorban.Mbah Marijan nama diberi dilaporkan mati dalam keadaan bersujud. Tapi apa yang diceritakan penduduk tempatan kepada kami, beliau mati bersujud kearah Gungun Merapi, bukan kearah kiblat. Mbah Marijan juga dikatankan tidak mahu melarikan diri daripada rumahnya. 

Adiknya terselamat kerana sempat untuk menyelamatkan diri. Sebelum kejadian,
Mbah Marijan telah mkengadakan satu upacara ritual untuk memberi makanan kepada merapi supaya tidak meletus. Upacara ritual tersebut sempat saya tengok di dalam video 1 jam yang ditontokan kepada kami.
keadaan di atas jambatan..air dari merapi dan batu batan masih turun dari atas bukit.

Fakta menarik tentang penjaga Gunung Merapi ini adalah beliau dipilih oleh kerajaan. BUkannya disebakan beliau adalah penduduk tempatan. Satu selection akan diadakan untuk memilih penjaga merapi ini. 

Bergambar sebelum pulang..
Kiranya( nah), penjaga merapi ini adalah orang yang agak benting dengan kerajaan. Beliau dapat mengagak apa yang berlaku kepada merapi dengan melihat petunjuk seperti keadaan burung berterbangan dan juga petanda2 alam lain dan beliau akan memberitahu direct kepada kerajaan.
Ini adalah apa yang telah diceritakan kepada kami oleh penduduk di sana.
Kami bersama orang tempatan..
Sebarang persoalan boleh ditinggalakan diruang comment dibawah..
Nantikan bvanyak lagi kisah menarik di Indonesia..Apa ada di pesantren darul tauhid?

Wasalam

Full version gambar perjalanan ke Gunung Merapi boleh lawati di www.nabilpotter.com. gambar selebihnya di flickr.http://www.flickr.com/photos/44669264@N08

22 comments:

LynnAiza said...

so speechless..gmbr yg mmbawa 1001 cerita..nice shot..nice sharing..=)

Abdullah Umar said...
This comment has been removed by the author.
Abdullah Umar said...

wah hebatnya..

Unknown said...

best siot...pengalaman yg bagus nie.

zuar said...

bersyukur sgt2 kita hidup di malaysia ni tak ada bencana alam sampai macam ni sekali...subhanallah...

Hasrol Nizam said...

dah sebulan pun masih lagi terasa panas akibat debu dan lahar tu? dasat penangan gunung merapi ni

Pendapat anda?
Saya Menang Domain Giveaway dari Yanmieonline.com,Ihosterz.com dan Cikmin.com

hans said...

entry ini amat menginsafkan
subhanallah
dah sebulan pun masih lagi panas
sungai pun jadi 5 meter jer
memang dasyat

P/S : Saya Nak Minta Tolong! Anak Saya Ada Penyakit Jantung Berlubang!

aye-na said...

subhanallah..thanks for sharing..kita ni patut bersyukur malaysia xpernah ada letusan mcm ni..

Asim Abdullah said...

Ana pernah ke merapi tahun 2007. Time tuh sempat jumpa dengan mbah marijan (penjaga merapi yang menjadi korban dalam tragedi baru2 nie).

Dulu kami dengar banyak superstitous cerita berkait dengan dia. Tapi bila berjumpa sendiri dengan dia, dia hanyalah seorang hamba Allah yang tua, taat kepada perintah Allah dan cintakan masjid.

Sangat terharu bila bersama dengan dia. Very humble. Bila tengok balik gunung merapi, teringat program kami ketika disana suatu ketika dahulu.

darkbatman said...

xtau k kate ape tgk gambar..syukur hidup kat malaysia ne.

Anonymous said...

aman:

teringin nak pegi sana tgk sendiri.. supaya lebih bertaqwa.

Anonymous said...

bukan semua orang dapat peluang macam ni...cemburunyer..

thanks sebab kongsi pengalaman yang sgt menarik...=)

Ann said...

bgusnye pglmn ni....pglmn ni blh mginsafkan

Unknown said...

subhanallah..sngt dasyat..
moga penduduk d sana terus tabah..

hans said...

cepat update bro
aku excited nak tahu lebih lagi nih

P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

PjahFzah said...

huhu..speechles.... takut..


Jom Join! Contest Into The Mirror

suffer8zine said...

fuhhhh menakutkan la

Terkini : 3 Negeri Paling Subur dan Jumlah Terkini Penduduk Malaysia

IRAH HAJERAH AZMAN said...

speechless aku. nabil, ko ke mane lagi weh? Bukan patut ko ke bandung ke? :D

Anonymous said...

seronoknya travel ke tempat orang dan tengok sendiri live peristiwa tu....huhuhuhu

salam blogwalking ya....

Berto said...

walaupon aku kadang2 nyampah perangai org Indon, aku tak boleh nafikan diorang ni gigih dan x putus asa. kagum dgn smangat diorg

cimöt said...

ohhh..nabil ko blom blk lg ke??

Anonymous said...

aman:

disebabkan orang melayu malaysia yg malas dan selalu berada di dalam zon selesa, kita selalu ketinggalan.. tp tu la org melayu, kalau sebut benda kenyataan, mula la nak melenting.. nak bergaduh tak plak malas.. nak berusha utk kejayaan dunia akhirat, pemalas.. sedarlah wahai saudara-saudaraku..

teringat kata-kata ni;

"manusia yg sering mencari alasan adalah manusia yang mencari kekalahan"

tepuk dada, tanya iman..

**(aku gerenti mesti ada yg tak puas ati ngn statment aku)