Tv Al-Hijrah | Segalanya Bermula Disini

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bermula 7hb Disember bersamaan 1 Muharram 1432H, Tv Al-Hijrah berjaya dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib bin Abul Razak.

Tidak dinafikan, stesten Tv Al-hijrah ni memang masih baru dan didalam proses penambahbaikkan. So, kalau ada salah dan silap daripada tv al-hijrah harap dimaafkan. Tapi untuk permulaanya, tv al-hijrah akan beroperasi di beberapa tempat terpilih antaranya lembah klang, Terengganu, Johor, Sabah, Kuantan dan Sarawak. Kalau sebelum ni, tv bercorakkan islamic hanya ada di astro di saluran 106 iaitu Astro OAsis. Selain itu, pendekatan media prima dengan mempamerkan tv9 sebagai satu lagi tv bercorakkan islamic amat mendapat pujian ramai pihak.

Alhamdulillah, tidak cukup dengan 2 saluran itu dan atas ramai permintaan dari Masyarakat kita yang ratanya beragama islam, tv al-Hijrah pon tertubuh. Alhamdulillah satu penghijrahan yang baik ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia dengan perlaksanaan ini.

Berikut adalah Frekuensi yang anda boleh serch untuk mendapat tv al-Hijrah. Oleh kerana ingin mendapatkan kualiti yang terbaik, tv al-Hijrah telah disetkan dibawah digital frekuensi iaitu boleh dicari dibawah UHF ( Ultra High Frekuensi).Kepada Negeri yang belum menerima tv al-Hijrah lagi, harap bersabar.InsyAllah tahun depan kita boleh tengok tv al-hijrah.





Saya personally rasa amat gembira dengan lahirnya satu lagi saluran tv bercorakkan islamic. Bukan apa, kebanyakkan kita sekrang ni menghabiskan masa depan tv dengan tidak memberi sedikit bekalan untuk dibawa bersama-sama di akhirat sana..Tapi dengan adanya tv al-hijrah, sambil menonoton, sambil mendengar, kita juga akan mendapat pahala daripadanya..Senang saja untuk nak tambah pahala kan?..Buka ja Tv al-hijrah  dah boleh dapat pahala as long as niat kita adalah betul dan kerana Allah taala.

Wasalam.

12 comments:

Hasrol Nizam said...

aku pun tak pernah tengok lagi tv ni.. nanti ada kelapangan boleh la tengok. ok la tu, tak la asyik di suap dgn hiburan semata2 :D

Pendapat anda?
Kenangan cuti sekolah aku dulu-dulu

Sakinah said...

kt astro je ea buleh?

hans said...

kedah tak dapat lagi siaran
sob sob sob

P/S : Hai Akak Dan Abang Artis! Kamu Suka Menulis Cerpen? Ada Contest Untuk Kamu!

Mya Amyra said...

bagus siaran ni kaan

cOnfuSeME said...

setuju sgt2...at least xde la kite semua terus lalai ngan hiburan je..:)

SyamsinaHadini said...

baru je pegi search channel ni kat tv tadi. heee

Yanti Hasmuni said...

nk tgk lh . suka dgr zikir kt oasis . hope tv ni pon ada cm tu or lg best :D

darkbatman said...

mesti ramai jugak yg follow.. bgs dh skg.. kire ade channel utk sume golongan.heee

MR Bang Miji said...

kalo pakai decoder astro x dpt eh?

hans said...

aku nak tgok drama ke apa yang tajuknya Manisnya Epal ker apa entah

P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?

zirconia said...

kat ipoh tak sampai lagi nampaknya ye.

Un Phat Lee said...

wah.muncul satu lagi channel baru