Saturday, January 1, 2011

[Gambar] | Terminal Bersepadu Selatan

Terminal Bersepadu Selatan
Assalamualaikum w.b.t.

Salam 1 January 2011. Entry pembuka untuk tahun baru adalah mengenai terminal bersepadu selatan..Bila tahun baru datang je, rata-rata budak sekolah akan tidak merasa begitu senang kerana sekolah akan dibuka..Begitu juga student di beberapa ipta mahupun ipts, 3 hb january ni bermulalah semester 2010/2011 Sem 2. InsyAllah sem ni merupakan sem yang terakhir buat saya..

Masih belum dibuka
Ok..Bila sekolah dah nak buka, bila universiti dah nak mula, makanya ramai akan mencari tiket bas untuk pulang ke destinasi masing2..Kalau sebulan lepas, untuk balik ke Selatan, saya kena naik dari Stesen Bas Bukit Jalil. Tapi, mulai 1hb January 2011, saya tidak perlu lagi ke sana..Kenapa yew? Kerana adanya terminal bersepadu selatan.. Sebenarnya ada pertikaian juga mengenai tarikh sebenar terminal ni akan dibuka secara rasmi. Sesetengah akhbar mengatakan 1hb, dan sesetengah mengatakan 2hb January.Hmmm..

Jambatan penyambung antata TBS dengan ERL
Walaubagaimanapun, pada peringkat awal pembukaannya, premis2 perniagaan masih tidak dibenarkan untuk berniaga..Ada sedikit masalah teknikal antara DBKL dan syarikat tertentu..

View from ERL station

Apa yang menariknya TBS ( Terminal Bersepadu Selatan) ni? Saya sempat untuk mengambil gambar terminal tersebut pada 11/11/10 yang lalu yang mana pada masa ini belum dibuka dan masih di dalam proses pengubahsuaian.

Yang menariknya terminal ini adalah bentuknya yang cantik dan agak besar giler la..Nampak tidak seperti stesen bas. Terminal enam tingkat itu dibangunkan di atas tanah seluas 19.6 hektar, dan ia dilengkapi dengan 55 platform bas, 150 perhentian teksi, 1,000 tempat letak kereta dan 1,800 tempat duduk untuk pengguna dengan sistem hawa dingin di ruang menunggu dan sistem tempahan tiket secara interaktif mesra pengguna.

Sementara menuggu ke KLIA

Selain itu terdapat 44 ruang perniagaan termasuk empat restoran dan ruang medan selera serta gerai, dan ia dihubungkan dengan rangkaian pengangkutan lain seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter, Express Rail Link (ERL) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Gambar ehsan Google

Lepas ni mesti agak serabut jugak la kawasan Bandar TAsik Selatan..Tapi, rasanya masalah parking mungkin tak da masalah sebabnya 1000 lot parking baru disediakan.

Gambar ehsan Google
Kalau korang dah pernah tengok gambar dalaman TBS ni, memang akan terkejut..Sangat menarik dan tertarik. Dalamannya seperti di Airport. Tahu Airport? haa...Seperti Airport yew...Tak rasa macam ada dekat stesen bas..Kalau tak percaya, pergi tengok sendiri..

Sekian saja untuk kali ini..Selamat Pulang ke Destinasi Anda, Berhati- Hati Di JAlan Raya.

12 comments:

pilotHans said...

wow, nice share.....tp aku slalu wonder, slain drpd MMR2 (yg jam 24-7) tue, ape access road lain utk ke sane..utk pemandu2 kete mcm sy :p

2) dr tepi perabut mei yg terbakar dulu tue, or senang kate dr tepi jln after tech park...camne nak ke sane? xde wat flyover or jalan pintas slain gune jalan ke cheras tue..

cheers

saya_arief said...

wow..
canggih.

shera haifa said...

sangat besar dan kecanggihan terserlah..

f.A.r.A.h said...

pernah lalu tp tak perasan plak canggih mcm ni :) happy new year!

arayualan said...

ada gak tgk kat tv1...mmg teruja sbb mmg cam airport...msia menjadi negara yg membangun...terminal tiket pun diperinci...bg elakkn bas ulat yg slalu tipu..gud job pada engineer n arkitek yg terlibat..berbangga jd raktay msia..hee

suffer8zine said...

wahhhh baru ni


Terkini : Faizal Yusof Meninggal Dunia

Anonymous said...

aman:

infra dah first class.. servis pon dah makin improve (kecuali bg bas yg masih membunuh) tp MENTALTIY rakyat kita masih LOW CLASS...

kenapa?? dah guna tandas tak reti nak buat apa yg patut, tempat dilarang merokok still nak merokok even kat kedai makan.. jakun la tu.

saddam said...

wah, thanks for sharing... bertambah input.. selalunye tengok dari LRT je..

Tajul said...

besaq tempat ni~sempoi la..

nur hidayah isa said...

ohh tempat bas rupenye..aku ingat diorang nk wat stesen lrt..mcm menarik jer..tapi dekat ke tak ek dgn putrajaya..mcm bukit jalil lagi dekat jer..

nabil_potter said...

kalau dari putrajaya, naik erl lebih kurang 11 minit sampai la dekat tasik selatan..

pas ni stesen sementara bukit jalil dah xade raanya..

Anonymous said...

11 minit? ur rite!!!
dah lma x ke BTS....miss da place.hahaha
windu ngan keadaan dia yg bising2,berhabuk dgn pmbinaan terminal bas baru nih...huhuhu...

-anak ibu-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...