Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi dan juga selamat menghabiskan masa -masa penting di hujung minggu..InsyAllah, esok sessi persekolahan bermula dan juga semester baru di kebanyakkan ipta juga bermla pada esok hari..
Dulu saya ernah post satu entry dimana bagaimana kisah seorang Model memeluk islam..Tapi kini saya nak kongsikan kepada semua pembaca bagaimana seorang penagih dadah memeluk islam..2 keadaan yang memang agak berbeza.
Kalau di perhatikan di sekeliling anda, anda akan dapati orang yang baru memeluk Islam kerana beliau mencari akan lebih thabat( konsisten) dan lebih mencari mengenai Islam..Tapi, kita yang asalnya dari Islam ni lebih malas untuk mengenali Islam dengan lebih dekat..
Tidak hairan lah kenapa orang yang baru memeluk Islam lebih banyak Ilmu pengetahuaanya berbanding orang yang telah 22 tahun memeluk Islam.Kita sekarang berada di dalam keadaan zon selesa. Islam bukan sahaja menitik beratkan tentang solat sahaja. Islam itu Syumul ( lengkap).
ok.Renung2kan dan selamat mengenali islam dengan lebih dekat.
Berikut adalah kisah Mariano yang dipetik dari utusan online...
*********************
KISAH dari negara Amerika Latin, Argentina ini tidak kurang menarik juga kalau kita kongsi pengalaman seorang saudara baru dari sana.
Pengalaman yang dilalui Mariano Ricardo Calle sepanjang usahanya untuk bergelar Muslim banyak memberikan kita pengajaran yang berguna.
Terutamanya apabila beliau tewas kepada dadah tetapi dek kerana Islam, ketagihan itu dapat ditewaskan kembali.
Berasal dari Buenos Aires, Mariano dibesarkan dalam pegangan agama Kristian yang sangat kuat. Sejak usianya tujuh tahun, beliau mula membaca kitab Injil dalam Bahasa Sepanyol. Ini membuatkan beliau memandang Nabi Allah Daud, Nuh dan Yaacob sebagai hero.
Namun di awal usia remaja, jiwanya mula memberontak.
Tetapi yang menariknya beliau memberontak bukan sahaja kerana hendak kenal tuhan tetapi ingin mendekati tuhan.
Sungguh berbeza dari yang lazimnya bagi seorang remaja.
Mariano selalu berdoa kepada tuhan, malah ada ketika beliau menangis ketika berdoa.
Namun akibat terlalu ingin mencari kebenaran akkhirnya membawa padah.
Beliau tewas pada dadah dan terus menagih najis itu sehingga memasuki usia 24 tahun.
Menyedari dadah langsung tidak memberikan apa-apa faedah dalam hidupnya, Mariano kembali semula kepada tuhan dengan kali ini dengan cara yang lebih agresif.
Dalam tempoh 24 jam, beliau akan berdoa dan terus berdoa tidak henti-henti. Keadaan seperti itu berlarutan selama setahun, tetapi kebenaran yang dicari masih tidak juga ditemui.
Sehinggalah pada awal tahun 2006, Mariano mula membaca kerana sangat tertarik sejarah purba kaum Mayan, misteri kerajaan Atlantis dan kehebatan piramid Kufu (sejarah Mesir Purba).
Pada masa sama, Mariano menaruh minat untuk mempelajari bahasa Arab.
"Ketika itu ia semata-mata untuk memahami bahasa dari lirik-lirik lagu Arab yang kian menjadi kegemaran saya ketika itu," katanya.
Mariano mempelajari bahasa itu sendiri, terutamanya melalui Internet. Hasilnya, dalam tempoh dua minggu sahaja, beliau mula mahir untuk berbahasa Arab.
Apabila menjalani ujian untuk memasuki kelas bahasa Arab di kolejnya, Mariano terus dinaikkan ke Tahap Kedua.
Dalam tempoh empat bulan kemudian beliau layak untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Apabila ibunya sendiri menghadiahkan dua buah buku mengenai Islam, ia menjadi detik mula bagi Mariano untuk mengenali agama itu dan subjek mengenai sains yang banyak disebut dalam al-Quran menjadi daya tarikan utama kepadanya untuk kenal Islam lebih dekat.
"Namun apabila membaca perjuangan Nabi Muhammad terus saya merasakan bahawa baginda adalah model terbaik untuk saya contohi," katanya.
*******************
12 comments:
wah...bagus nyer...
nice.
indahnya islam apabila diterap dalam hati
nice one!
dalam masa 2 minggu dapat belajar bahasa arab? determination dia memang tinggi. alhamdulillah hati dia terbuka :D
Pendapat anda?
bagaimana merealisasikan azam tahun baru anda?
=)
azam baru ke ni
Terkini : Khairul Fahmi Akan Berhijrah ke Manchester United
indah kn ISLAM ni...:)
susah nk cr org yg btl2 dpt dalami islamkan?
bagusnya
sekarang isalam yang indah dah dicemari oleh orang islam sendiri..huhu
bagusnya
sekarang isalam yang indah dah dicemari oleh orang islam sendiri..huhu
msk ni da dua kali bc ;)
kadang2 yg islam sejak lahir tak hargai anugerah tu..
Post a Comment