Wednesday, February 2, 2011

Dapat e-mail dari Dato Seri Najib Razak

Assalamualaikum w.b.t

Korang pon mesti ada dapat email ka? Sebenarnya saya dapa email ni dalam 2,3 hari lepas..Tapi ingatkan ni adalah spam atau lain-lainya, so saya seolah-olah mengabaikan email tadi..

Namun, apabila menonton buletin utama tv3 tadi, ada dikatakan mengenai email yang dihantar oleh Dato Najib dan hanya 1.5 juta sahaja yang terpilih untuk terima email ni..

saja nak zoom..huhu
Dengan perasaan sedikit gembira, saya tergolong dalam 1.5 juta daripada 27 juta rakyat Malaysia..Mungkin ramai bloggers yang akan dapat memandangkan apa yang saya difahamkan, Dato Najib hantar pada kebanyakkan bloggers Malaysia..

So, dikesempatan ini saya pun nak ucap Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakyat Malaysia..

Apa2 pun, Terima Kasih Dato Najib..Berikut adalah isi email tersebut:

**********

Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga 

*************


17 comments:

ceritasekupang said...

hanya 1.5 juta sja yang dapat....kiranya aku pun tergolong juga...untungnya aku rasa dapat emai dari PM yang suka naikkan harga minyak!!!

fiq said...

fiq pn dpt jgk! arini dpt msg drp dia pulak =D

Cieut Nizar said...

aku tak dapat. huhu.

iza said...

Salam...
Aku pun dapat juga...
ingatkan semua email yg aktif akan dapat...

hunnys~ said...

yeke??
lor~
naseb baek ta delete jerk email tuh!
hahahaha~
na buh lam frame r,,
=D

Irine Nadia MaRceLLo said...

arghh..bertuahnye rasa :P

tp dah x betuah sbb dah delete..haha.

Misz Yuyu said...

kt emel pon dpt kt inbox berukband pon dpt miahahhaaa

myravea said...

Huhu..terbaiklaa, bertuah2 :)

maoh said...

ermm... cam dah dekat ngan PRU je bunyinye... :D

wanie m'nJ said...

malangnya....x dapat...baru check mail.

::FAIZ FARISH:: said...

1.5 juta je dpt... hm

mye said...

haha..congrate r..
huhu

mye said...

haha..congrate r..
huhu

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

sy pun dpt emel itu..memang terharu coz terpilih kan..bukan senang..

sy folo blog ini

Mr feckry said...

gua tak dapat pun

anisizatyA.J said...

I got the email as well! hahah

liyana mohamad said...

ak pn dpt jgk..terkejut kot dpt msg dr PM kita...
hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...