Info Jumaat 45 | Cintakan Dunia

Apakah yang dimaksudkan dengan cintakan dunia?

Cinta merupakan satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Nikmat ini sekiranya digunakan untuk perkara yang diredhai Allah swt akan membawa kepada kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika ia digunakan untuk perkara yang tidak diredhai Allah swt ia akan menjerumuskan manusia ke neraka.

Manusia secara semulajadinya memang cinta kepada dunia. Seseorang itu dikatakan cinta kepada dunia jika ia mencintai apa yang ada di dunia untuk kehidupan di dunia semata-mata. Cintanya kepada apa yang ada di dunia lansung tidak digunakan untuk mencapai kebahagian hidup di akhirat. Mereka mengumpul segala yang ada di dunia hanya untuk keseronokan, memenuhi nafsu yang serakah, bermegah-megah dan bermewah-mewah hingga melakukan pembaziran.

Apakah perkara di dunia yang sangat dicintai oleh manusia?

Manusia sangat cinta kepada emas dan perak, sawah ladang, binatang ternakan, kenderaan dan kesyahwatan(perempuan, anak dan kekayaan yang melimpah ruah). Sifat manusia ini dinyatakan dengan jelas dalam surah Al Imran:14 yang maksudnya: "Dihiasi untuk para manusia mencintai berbagai kesyahwatan yakni macam-macam keinginan (mempunyai perasaan, hasrat atau bernafsu) kepada kaum wanita, anak-anak, kekayaan yang melimpah ruah yang terdiri daripada emas dan perak, kuda yang bagus-bagus (kenderaan), ternak dan sawah ladang. Itulah merupakan kesenangan hidup di dunia".

Dunia yang mana akan meyertai kita keakhirat?

1. Ilmu yang baik
(a) Ilmu tentang maarifat Allah swt
(b) Ilmu tentang kitab Allah
(c) Ilmu tentang Rasul Allah


2. Amal
(a) Ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan untuk keredhaan Allah swt
(b) Semua amal yang wajib atau difardhukan
(c) Amal perbuatan yang dilakukan untuk kebaikan disertai dengan keimanan yang
yang benar.

Dunia yang mana merupakan dunia yang tercela?

(a) Apa sahaja yang merupakan kebalikan daripada yang dinyatakan di atas.
(b) Dunia yang tidak membawa kepada kebahagian kehidupan di akhirat. Dunia untuk
dunia:
i) Dunia untuk berlazat-lazat.
ii) Dunia untuk bermewah-mewah.
iii) Dunia untuk bermegah-megah.
iv) Dunia untuk belebih-lebih hingga berlaku pembaziran.

Apakah yang dimaksudkan dengan dunia pertengahan?

(a) Apa sahaja yang dimiliki sewaktu di dunia yang dapat dijadikan bekalan dan
membahagiakan hidup manusia di akhirat. Misalnya makanan, pakaian, rumah
kenderan yang baik yang membantu meningkatan amal kebaikan.

Kenapa Allah melarang manusia mencintai dunia untuk dunia?

(a) Dunia untuk dunia melalaikan persediaan ke akhirat. Fokus hidupnya mengejar
dunia hingga menjerumuskannya ke neraka.
(b) Dunia untuk dunia akan menyebebkan seseorang menumpukan perhatian sepenuhnya
untuk mengejar dunia hingga tidak mengambil kira halal haram dalam
tindakannya.
(c) Dunia untuk dunia akan melalaikan seseorang daripada melaksanakan amal ibadat.

Sumber: http://johor.ikram.org.my/v3/

1 comment:

Chuu Muqhlis said...

untuk peringatan bersama :)