Thursday, July 28, 2011

Pesanan Buat Penyokong Malaysia Yang Akan ke Stadium Bukit Jalil Esok

Di sebalik keghariahan anda semua untuk ke stadium bukit jalil esok, untuk menyaksikan perlawanan antara Malaysia Vs Singapura, dekat sini saya ada beberapa nasihat untuk dikongsikan kepada anda semua..Pertamanya selamat menonton dan memberi sepenuh sokongan buat pemain negara kita..

Kalau orang yang dah pernah pergi stadium bukit jalil, mungkin tips ni anda dah tahu...Tapi kepada yang ini adalah kali pertama anda ke sana, mungkin anda perlu beringat beberapa perkara memandangkan esok sure 90000 orang akan tertumpu di stadium..Memang suasana akan menjadi teramat padat terutama ketika keluar dari stadium disebabkan keluar dengan serentak.

Buat yang berhajat nak naik kereta esok, saya mencadangkan supaya dilarang arking di tepi lebuhraya KESAS walaupun memang banyak kereta yang parking kat situ..Saya pesan ni sebab tak nak kes yang ni berlaku lagi..Kalau korang salah park, sure kena saman...Tapi ini semua bergantung pada nasib, kalau masa tu polis dah tak larat nak saman, mesti anda terlepas..

Sebelum mood anda dari happy2 tu bertukar sedih, cari parking yang betul sebelum saman melekat pada cermin kereta anda..

Kalau nak naik LRT pulak, saya mencadangkan untuk beli tiket pergi dan balik terus..Kalau sanggup untuk beratur, xpe la..Ini sekadar beberapa pesanan dari saya..Better beli tiket pergi balik tau..

Buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, anda dinasihatkan supaya tidak membawa anak kecil..Bukan ape, kesian saya tengok anak2 kecik yang menagis setiap kali gol dan keadaan yang tak selesa untuk bayi anda..Tempat seorang bayi bukan dekat stadium lagi sebab dia masih kecil dan memang tak sesuai untuk bawa anak2 kecil..Kalau nak bawa jugak, ikutlah..

Sebelum tu, air botol tidak dibenarkan untuk dibawa masuk dalam kawasan stadium..Kalau diorang nampak, memang akan dirampas serta merta masa nak masuk pintu..Tapi yang pelinya, korang jgn terkejut air botol akan ada dijual nanti..Tu memang pelik kan? Dia tak bagi bawa masuk, tapi ada orang jual..hehehe..Air mineral cup pada masa tu adalah RM2.

Pesanan yang terakhir adalah buat para kaum-kaum hawa..Memandangkan majoriti yang menonton bola adalah kaum adam, anda merupakan golongan minoriti..Hati-hati ketika bersesak-sesak keluar dari stadium sebab paham2 je la..Orang memang bersesak2..Takut ada yang cuba mengambil kesempatan..Rambut sama hitam, tapi hati orang lain2...Kalau takut, keluar 10 minit lepas wisel tamat ditiup..

Kalau tak nak ada orang lagi, keluar lewat sedikit..Tak pon awal 10 minit dari tamat masa..Terpulang la buat anda semua..

Last skali, selamat menonton yew..

MALAYSIA BOLEH!!!

3 comments:

cik Nemo said...

Nasib le tak minat tgk bola.. Hehe!

Mr feckry said...

terbaik beb

Anonymous said...

sonok dapat tgk live...mmg besst sesangat...tp nak dapat masuk tu,tuhan je yg tau..sampai ada sorang 'peng' tu pengsan...huhu...menakotkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...