Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.
Entry kali ni kit berbicara tenttang panduan mengajar anak solat..bagaimana nak melatih anak? rata-ratanya bloggers yang saya kenal masih muda dal belum berjahwin..Tapi kamu semua jgn ingat kalau dah ada anak baru nak baca entry ni..Kalau yang belum ada anak, ini merupakan panduan kepada anda apabila mempunyai anak kelak..Ok..harap andalah yang dapat mencorakkan kain putih sebaik2 mungkin..Kalau anda tidak pandai mencorakkan kain puith, nescaya kain itu akan rosak.Betul? kain putih yang dianologikan adalah anak.
Kamu semua nak jadikan anak-anak sebagai ape? Artis? ustaz/ustazah? pemain badminton? cameraman? pendakwah? doktor? atau apa saja yang anda inginkan, anda mampu melaksanakan..Kalau anda nak jadikan anak anda seorang pendakwah, anda juga mesti berdakwah dan tunjukkan diri anda sebagai seorang pendakwah.Susah untuk digambarkan bila anda mahu menjadikkan anak anda seorang ustaz, tapi anda tidak pernah bawa dia ke masjid..Anda pun ke masjiid sebulan 4 kali untuk solat jumaat..Keluar rumah masih berseluar pendek, tidak bertudung, tapi ada angan2 nak jadikan anak seorang ustazah..Boleh ke impian dilaksanakan cmtu?? boleh memang boleh..tapi agak sukar la..
Satu contoh yang popular saya ingin sampaikan kat sini, anda mahu anak anda berhenti merokok.Tapi anda hisap rokok..Cmna tu?? agak2 boleh ke anak anda nak dengar cakap anda? sama2 kita fikirkan..
Berikut saya kongsikan 17 panduan mengajar anak Solat,
1- Ajarkan anak kalimah tauhid terlebih sebelum mengajarnya solat.
2- Ajarkan juga tentang rukun Islam, Iman dan Ihsan.
3- Berikan input-input yang memberangsangkan tentang solat seperti kenapa kita disuruh solat, sejarah pensyariatan solat, cara solat san sebagainya.
4- Bila boleh mengajar anak solat? Jwpn: Apabila anak sudah mula dapat meniru tingkah laku ibu bapanya.
5- Latih anak mengikut setiap gerakan dalam solat terlebih dahulu walaupun tanpa bacaan.
6- Ajar bacaan dalam solat bermula dari bacaan pendek dan senang.
7- Anak-anak boleh mula disuruh solat seawal usia 7 tahun. Oleh sebab itu, anak-anak mesti diajar solat sebelum 7 tahun.
8- Ajarkan anak cara berwuduk terlebih dahulu
9- Lakukan bersama. Jangan sekadar menyuruh dan memerhatikan dari jauh, sebaliknya ambillah wuduk dan solat bersama mereka.
10- Hapuskan segala gangguan ketika anak sedang solat yang boleh mengalih perhatiannya daripada solat.
11- Bawa anak solat di Masjid.
12- Ingat anak-anak ketika waktu solat telah masuk. Sediakan takwim waktu solat, pasang radio atau sebagainya jika masjid jauh dari rumah.
13- Bersabar dalam mengajar anak solat dan menunaikan solat. 21:132
14- Targhib dan Tarhib ( reward and punishment). Reward tidak semestinya dengan material.
15- Anak-anak boleh dipukul sekiranya berumur 10 tahun tetapi tidak solat.
16- Ibu bapa juga perlu solat lima waktu sehari semalam tanpa ada yang luput.
17- Sentiasa berdoa agar anak-anak diberi hidayah dan jadikan insan yang ringan tulang untuk solat.
p/s: bayangkan apa yang terjadi kalau ibu bapa pun tak pernah buat dan paham kesemua benda ni? bolehkah dia nak mengajar anaknya?
5 comments:
bagus panduan nih
bakal digunakan dimasa akan datang kelak
P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?
Tak kawen dan mempunyai anak pun perlu baca ni...sebab diri sendiri pun adalah anak dan masih 'keanak-anakan' dan bila dah ada anak sendiri, tak kekok...thanks dengan perkongsian ni..
klau tak di buat macam ni, anak2 mungkin boleh belajar kat sekolah, tapi tak tau la diamalkan ke tak bila dekat rumah..
Pendapat anda?
Awak, boleh pakai purdah tak?
Sangat menarik..
jom amalkan :)
dah ada anak .. memang agak susah nak ajar anak solat :)
Post a Comment