Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca dan penggemar blog ini tidak mengira bangsa dan agama serta dimana jua anda berada..Terima kasih kepada anda kerana menjadikan blog ini sebagai blog harian yg patut anda lawati.. Seperti biasa, sy pasti akan menghidangkan anda (insyAllah) dengan artikal2, ilmu2 dan pelbagai fakta menarik utk dikongsi bersama.
InsyAllah, info jumaat kita pada minggu ini akan diteruskan lagi dengan tajuk tawakal...Isu tawakal ni sebbenarnya banyak disebut2 kebanyakkannya apabila menjelang exam..Betul tak? huhuh..kalau tanya member2, ang dah study ke? pastu dia pon jawab tawakal ke ja...huhu..Tawakal sebenarnya bagus..Tapi tawakal yang macam mana yang betul2 dinamakan tawakal.
Apa itu tawakal? tawakal bererti nebyerah diri kepada Allah s.w.t dalam melaksanakan sesuatu perancangan besandarkan pada kekuatan-Nyadalam menjayakan satu pekerjaan atau beserlah diri dibawah lindugan-Nya pada saat menghadapi kesusahan.
Allah berfirman yang bermaksud,: " Dan (ingatlah) , sesiapa beserlah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkanya)." (surah a;-Thalaq 65: 3)
Jangan keliru dengan dengan memisahkan antara usaha dengan tawakal. Telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w., " Ya Rasulullah, adakah unta ini perlu saya tambat dahulu kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja kemudian saya tawakal"?Rasulullah s.a.w pun menjawab, maksudnya: " tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah." (Riwayat a;-Tarmizi)
Menurut hadis yang diriwayatkan daripada Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w juga turut digelar al-Mutawakkil ( orang yang bertawakal) selain gelaran Ahmad dan al-Amin.Tawakal juga dapat membentuk kesan positif seperti berikut :
1- Tawakal membebaskan manusia daripada apa yang ia takutkan seperti kegagalan atau kekafiran.
2- Mendorong manusia menunaikan segala suruhan agama dan meninggalkan segala larangannya.
3- Sumber kekuatan
4- membentuk sifat optimis tentang segala-galanya
5- Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah.
6- Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah.
2 comments:
usaha dulu..then tawakal :)
nice entry..selamat berbuka.. ;)
Post a Comment