Assalamualaikum.. tadi ketika nak ambik cerita hantu mak limah dari pendrive seorang rakan di pejabat, aku ternampak sebuah lagi cerita melayu yang aku rasa baru (sbb tak pernah dengar tajuk pn sebelum ni). Tajuk cerita tu ialah “Aku Masih Dara”. Aku pn pasang la sekejap tadi sementara nak tunggu waktu asar. Tgk mcmtu2 ja, drag laju..12min dah habes tgk semua.. hahaha
Aku terdetik sekejap. Kenapa perlu dibuat cerita “aku masih dara” ni? Adakah susah nak jumpa anak gadis yg belum berkahwin tetapi masih dara pada harini?? Adakah ini realiti ataupn fiksyen semata2? Kalau lah ini semua reality, aku mohon perlindungan Allah daripada azab siksaanNya yg amat pedih.
Tiba-tiba aku teringat balik kata-kata seorang pegawai Majlis Agama Islam Johor pada kursus pra-perkahwinan minggu lalu, beliau menceritakan mengenai suatu kajian yg dijalankan oleh UKM pada tahun 2009. Kajian ini bertujuan nak mendapatkan beberapa fakta mengenai belia-belia Islam yg belum pernah berkahwin yg mana rata-rata mereka merupakan mahasiswa2 bijakpandai. Maklumat hasil kajian tu sungguh mengejutkan kami.
Menurut pegawai tersebut, hasil kajian telah menunjukkan seramai 800 daripada 870 responden (belia Islam yg masih belum pernah berkahwin) mengaku pernah melakukan seks (ZINA) sebelum alam perkahwinan. Terkejut tak?..800 daripada 870 iaitu hampir 92%. Ini bermakna, setiap 9 daripada 10 orang antara kita adalah PENZINA!! Nauzubillah.
Sangat dasyat angka ini. Aku ingat lagi ceramah Ustaz Ismail Kamus tentang tanda-tanda kiamat, salah satunya adalah “akan hampirinya kiamat apabila berleluasanya zina, sehigga berlakunya zina di jalan-jalan”.
Dah jadi ke tidak menda ni skrang ni?? Kalau kat sekitar JB ni, time weekend ja mesti bnyk kereta yg ‘rosak’ kat sekitar pantai Lido sana tu. Dan ada yg pernah ditangkap tak sempat nak pakai baju pn.. hermm..
Dah jadi ke tidak menda ni skrang ni?? Kalau kat sekitar JB ni, time weekend ja mesti bnyk kereta yg ‘rosak’ kat sekitar pantai Lido sana tu. Dan ada yg pernah ditangkap tak sempat nak pakai baju pn.. hermm..
Aku memohon perlindungan mu ya Allah, lindungilah kehormatan aku dan peliharalah iman ku, keluarga aku, sanak saudaraku dan jiran tetanggaku daripada menjadi sebahagian daripada statistik yg mengerikan ini dan semoga dijauhi daripada azab Mu yg Allah.
Sekadar nasihat menasihati. Semoga kita bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka.Semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut..
Firman Allah dalam surah Al-israa' ayat 32
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "
Dari segi ayat tu kita dapat tafsir secara ringkasnya bahawa zina itu bukan sahaja dilarang tetapi even mendekati zina pon Allh melarang kita...So, sama2 kita renungkan dan selamat beramal.. :)
10 comments:
kurang didikan agama., sbab tu lah buat anak sblm khawin.. huhuhuhuhu...
mintak dijauhkan la pada aku dan keluargaku....Amin
kita kene sering ingtkan mereka2 yang terdekat
Terkini : Slower Is Better
yg beragama pn kadang2 bleh terjebak.. manusia, tak bebas dari dosa.. syaitan plak akan terus hasut kita sampai kiamat.. cuma kena tambahkan lg benteng iman kita.. yg biar terus terkakis sampai 0.. =)
belum lg statistik pelajar sekolah yg mengandung..dan saban tahun semakin meningkat...dan lagi memalukan, majoriti adalah pelajar Islam...sangat mendukacitakan...
sapa yg patut dipersalahkan?? tak lain tak bukan, diri sendiri.. kalau masing2 melaksankan tanggungjawab masing2, insyallah ok. tanggungjawab terhadap Allah, terhadap keluarga, ibu bapa dll..
ish, tggi giler statistik tu..
mintak dijauhkan....
cerita tu tak patut dapat U la
tak suke cite ni..
baru gak tgk cerita ni semalam..sgt geli dgn dialog dan lakonan dorang tu..
biar betul statistik tu?! dah la orang Islam pulak tu
Post a Comment