Info Jumaat 31 | Syubhat

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera..Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan bernyawa dan beribadah kepadaNya..

Bersyukur juga kita kerana masih lagi diberi 2 nikmat yang besar iaitu Iman dan islam..Pertama sekali kita sama2 sedekah baccan Al- Fatihah untuk ayah kepada sahabat saya Bazli yang kembali kerahmatullah pada malam semalam semoga bersama dengan orang2 yang beriman..Al-fatihah..

ok..semalam saya diberi kesempatan untuk present tajuk hadis ketika halaqah semalam..So, saya membawa salah satu hadis daripada hadis 40 susunan Imam Nawawi dah diterjemah san syarahnya oleh Mustafa 'Abdul Rahman. Hadis yang akan saya tulis ini adalah hadis ke 6 daripada hadis 40.

Hadis ni merupakan hadis yang agak panjang.Ia boleh dibahagikan kepada 4 subtopik iaitu suatu yang halal dan haram, perkara-perkara syubhat, kawasan larangan dan kedudukan hati..Tapi insyAllah saya akan mengulas point yang ke 2 iaitu perkara2 syubhat aau kesamaran.

Apa yang dikatakan perkara2 syubhat ini? Ok, perkara syubhat ini adalah perkara yang antara halal dan haram yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakkan manusia tentang halal haramnya,Senang citer, perkara yang tidak dapat dipastikan adakah hala atau haram..Kiranya macam kita ragui.

Contoh perkara yang syubhat. Semasa kita nak membeli sesuatu makanan, kita dapati benda makanan tu tidak mempunyai logo halal..Tetapi, disebabkan kita selalu membeli makanan tu, maka kita pon ambil jugak tanpa mengira hukum halal dan haram..So, perkara sebeginilah yang dikatakan syubhat dan seelok-eloknya kita tidak membeli jikalau kita meragui status hala haramnya.

Di dalam buku halal dan Haram tulisan Yusuf al-qardawi, kata beliau, setiap perkara tu pada awalnya adalah halal..Maka, selagi perkara itu tidak dinyatakan tentang haramnya, perkara tersebut adalah halal. Huraian tentang halal haram ni memang agak lebor penjelasannya..Mungkin boleh rujuk ustaz2 atau buku untuk makluman lanjut..

Berbalik kepada syubhat, di dalam hadis ni, Rasulullah s.a.w bersabda, barangsiapa yang memelihara daripada perkara2 syubhat ini, maka ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya.

Kemudian Rasulullah s.a.w menerangkan dalam hadis tersebut barangsiapa yang jatuh ke dalam syubhat, jatuhlah ia kedalam yang haram. Melalui pengertian ini, Imam Nawawi bahawa ada 2 kemunkinan. Pertama: orang yang mengejarkannya dengan sangkaan tidak haram. Kedua: org yang mengejarkannya beerti akan jatuh ke dalam yang haram.

Secara ringkasnya, orang yang ingin memelihara kehormatan agama dan peribadinya, selalu berusaha mengelak diri daripada supaya lebih selamat dan lebih mententeramkan jiwnnya. Dengan demikian , tidak lagi dibimbangkan akan melakukan sesuatu yang haram secara yang tidak disedari.

p/s: kalau ada salah harap tolong betulkan..Saya hanya sekadar lelaki biasa..


2 comments:

Anonymous said...

senang cerita, kalau ragu2 atau was2, baik tak payah terus kan..

Anonymous said...

senang cerita, kalau ragu2 atau was2, baik tak payah terus kan..