Luahan Hati Seorang Doktor

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat semua pengunjung setia blog ini yang tidak pernah jemu bertandang ke blog ini..
InsyAllah, hari ini saya ingin berkongsikan luahan hati seorang bakal Doktor yang mana diambil daripada comment entry saya yang agak panas iaitu Betul Ke Doktor Sekarang Kurang Kualiti . Betul ke tidak? Kalau nak tahu, sila klik di tajuk berkenaan..Banyak hujah2 dan pendapat dari pelbagai pihak..Mungkin ada lebenarannya, mungkin juga tidak..Walaubagaimanapun, saya percaya kalau betul perkara ini berlaku, bukan melibatkan semua Doktor..Tetapi hanyalah sebahagian kecil..BEtul kan?

Sehubungan degan itu, saya mendapat comment yang agak panjang dan boleh dijadikan entry..So, ini lah keluhan hati dan juga perasaan seorang yang bergelar Doktor..KAmi sedia mendegar apa saja pendapat anda..Kami juga manusia seperti anda..jom baca...

**************

saya sebagai seorang doktor yang hampir tamat zaman sebagai seorang dr pelatih....minta maaf banyak2 dulu saya memang bercita2 besar ingin jadi seorang doktor dan membantu masyarakat.... tapi kadang-kala saya sedih masyarakat banyak menyalahkan dr ini dan itu.....
REALITINYA cubalah anda banyangkan saya harus bekerja sehingga 36jam jika saya oncall TANPA REHAT...... tapi KKM sentiasa menafikanya..... dan kdg kala terpaksa oncall 3 hari seminggu bayangkanlah wahai bloggers.... masa bila kami ingin TERSENYUM kalau mental dan fizikal keseluruhan kepenatan.....
Ditambah jika kami tidak oncall harus datang kerja dari jam 7 pagi hingga 6 ptg.... ada sesetengah jabatan mengharuskan kami datang pada waktu malam untuk adakan ROUNDS...bayangkanlah...... kami tidak ada hari untuk kami bercuti....

JIKA kami ingin bercuti harus meminta dan ditolak dalam cuti tahunan, cuti sakit juga ditolak dari cuti tahunan...... dari hari isnin hingga ahad NO HOLIDAYS....tidak kah ini satu kezaliman ????tapi demi masyarakat kami relakan...kami diamkan mulut pekakkan telinga....

UNTUK pengetahuan bloggers ONCALL yang kerajaan kira untuk kami sebagai doktor hanyalah RM100 hingga RM180 per12JAM dibandingkan RM60 hingga RM100 per sejam pihak swasta.... adakah ini berbaloi dengan apa yang kami kerjakan??? tapi kami diamkan dan pekakkan telinga DEMI masyarakat ...
Kami sebagai dr pelatih bukan suka-suka kehulu kehilir memakai lab cot menunjukkan kami DR tapi ini adalah peraturan hospital.... jika kami tidak memakainya dikawasan hospital kelak ditegur oleh PENGARAH hospital....

jadi kepada bloggers..... demi masyarakat selalu kami pedamkan perasaan kami.... ini tidak dikira kami dimaki dihamun oleh dr yang lebih senior.... depan2 pesakit... jadi janganlah ingat kami harus berkerja sempurna jika perkara2 diatas masih ditakuk lama....sebab kamipun manusia seperti anda ,ada masa penat,sedih ,kecewa,depres tapi kami pedamkan demi masyarakat...

Kepada bloggers inilah realiti seorang manusia seperti saya yang bergelar DOKTOR

**************

Conclusion yang boleh saya buat, kita semua adalah manusia biasa yang tidak boleh elak daripada melakukan kesalahan..Oleh itu.....sambung la sendiri dengan ayat masing....

Sekian...



kad kahwin
Kad Kahwin

9 comments:

Shakina Farhan said...

u r a doctor? ke slh bce..

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Satu masa dulu saya pernah menjaga ibu dan ayah yang sakit di hospital. Masa tu boleh dikatakan hospital itu rumah kedua kami. Masa itu juga saya berpeluang melihat betapa beratnya tugas dan tanggungjawab yang ditanggung oleh seorang doktor. Mereka bekerja tanpa henti membantu setiap pesakit. Kadangkala saya melihat doktor yang sama bertugas siang dan malam sehingga terlintas difikiran saya tak tahu penat ke doktor ni...tapi itulah hakikat tugas seorang doktor. Saya sanjung tugas mereka...

OrenLimau said...

tugas doktor adalah mulia.
sama juga dengan kerja cikgu.
begitu juga dengan lain2
ramai yang x faham,ramai yang bercakap.
tapi cuba letakkan diri kita dalam keadaan mereka..
ataupun,cuba amik cabaran walau satu hari...
tengok macam mana.pastu bercakap.

::FAIZ:: said...

Doktor juga terpaksa pegang luka2 nanah lagi... ayo kesian....

sikuat said...

huhuhu.. sian doctor...tp nk wat cane.. da mang tugas dia... ikhlaskan diri anda wahai dr2...:))

Nur Hawa Mohd Zin said...

setiap profession ada beban tugas masing2...

Nabiel said...

oleh itu..lu pikir la sndri~hehehe..
sbnrnye kerja yg menyumbang tenaga pda masyarakat nie mmg agk membebankan~jadi kena redha~
bkn kerja tuh saje..yg laen pun same,ada beban2 nye~

paan said...

kerajaan kena kaji balik tugas doktor nie.. supaya semua doktor mendapat ganjaran yg sepatutnye berdasarkan pengorbanan mereka..

memang betul la Malaysia masih kekurangan doktor..kalo dah sampai kena keja 36 jam , xde cuti semua.

Entri terbaru ->Uninstall Software Dengan Bijak

Anonymous said...

sbb yang belajar dekat luar negara tak nak balik..sebab tu kita ada shortage of doctor..am i right??kerajaan bayar seorang dekat 1 juta..tp most of them cakap..gaji dekat luar negara lebih baik..dan keadaan kerja lebih baik..mestilah..sbb sana doctor banyak..dan sana dah negara maju..mcamane negara nak maju..kalau bukan kita yang bangunkan??marah sangat